Jadikanlah kami sekelian sebaik-baik umatnya. Himpunkanlah kami esok (Hari Mahsyar) didalam kumpulannya. Pergunakanlah lidah-lidah kami dalam memuji dan membelanya. Hidupkanlah kami dalam keadaan berpegang dengan sunnahnya dan ketaatannya, dari segala fitnah dunia.
Ya Allah jadikanlah Rasul yang mulia ini orang yang memberi syafaat kepada kami. Matikanlah kami dalam kecintaan kepadanya dan dalam jemaahnya. Ya Allah masukkanlah kami kedalam syurga bersama-samanya kerana baginda orang yang mula-mula masuk
kedalamnya. Turunkanlah kami dalam mahligainya bersama-samanya kerana bagindalah orang yang mula turun kedalamnya.
Kasihanilah kami dihari dia memberi syafaat kepada makhlok lalu engkau kasihani mereka. Ya Allah berilah kami peluang menziarahinya setiap tahun. Janganlah Engkau jadikan kami dari golongan orang yang lalai dari mengingatiMu dan juga lalai dari mengingatinya walau sekejap kadar terlelap.
Ya Allah janganlah hendaknya ada di majlis kami ini orang yang berdosa melainkan Engkau cuci segala dosanya dengan air taubat; dan Engkau tutupi keaibannya dengan pakaian pengampunan.
Ya Allah pada tahun yang lalu ada ikhwan kami yang tidak dapat menghadirkan diri pada tahun ini kerana dihalang oleh QadhaMu, maka janganlah Engkau haramkan pahala serta ganjaran yang Engkau turunkan pada saat ini.
Ya Allah kasihanilah kami jika kami sudah menjadi ahlilkubur. Berilah kami Taufiq untuk membuat amal salih yang kekal cahayanya sepanjang zaman.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang ingat kepada pemberianMu, bersyukur atas nikmatMu, dan ingat kepada Hari Pertemuan Hidupkanlah kami masyghul dengan ketaatan kepadaMu. Kiranya Engkau matikan kami. matikanlah kami tanpa sebarang fitnah atau kekeciwaan. Sudahilah segala perkara kami dengan kebaikan daripadaMu.
Jadikanlah kami orang yang terselamat dari fitnah Dunia, dan kurniakanlah kami dengan sebabnya kedudukan yang tinggi diHari Qiamat kelak.
Ya Allah berilah kami minum dari telaga Nabi Mu Muhammad saw dengan minuman yang melegakan menyebabkan kami tidak rasa haus lagi selepasnya. Himpunkanlah kami dibawah panji-panjinya esok (Hari Mahsyar).
Ya Allah dengan darjatnya disisiMu, ampunilah kami, kedua ibubapa kami, guru-guru kami, orang-orang yang ampunya haq atas kami dan bagi siapa yang mengadakan majlis yang baik pada saat ini serta sekelian mukminin mukminat, muslimin muslimat samada yang masih hidup mahu pun yang sudah wafat.
Sesungguhnya Engkau memperkenankan segala doa, menunaikan segala hajat dan mengampuni segala dosa dan kesalahan.